assalamu'alaikum..
Ciri pribadi seorang muslim :
1. Aqidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)Redha Allah sebagai tuhan,
Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.Sentiasa muraqabah
Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.Menjaga
kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)Perlu melakukan ibadat yang
meninggikan roh dan jiwanya.Perlu belajar untuk membetulkan amalannya
dan mengetahui halal dan haram.Tidak melampau atau berkurang
(pertengahan).
3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)Akhlak kita
ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.Dijelaskan beberapa unsur
oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar
dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius,
menjauhi teman buruk dll.
4. Luas pengetahuan (Mutsaqqafal
Fikri)Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu
menceritakan kepada orang lain.Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan
Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.Pesan Imam Banna: Perlu
boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba
menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.Mampu membaca Al-Quran dengan
baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia
hukum yang penting.
5. Sihat tubuh badan (Qawiyyal Jism)Dakwah
berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan
kuat.Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang
kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,
tetapi pada keduanya ada kebaikan.Pesanan al-Banna:Memeriksa kesihatan
diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan
badan.
6. Mampu berdikari (Qadiran ala Kasbi)Walaupun kaya, perlu
bekerja.Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.Meletakkan
jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji
dan pendapatan.Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya
(ihsan).Menjauhi riba dalam semua lapangan.Menyimpan untuk waktu
kesempitan.Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi
pembaziran.Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan
bukan Islam.
7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)Perlu
azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak
Islam.Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.Dai
mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang
yang tidak biasa dengan kesusahan.
8. Sangat menjaga masa
(Haarithun ala Waqtihi)Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah
kehidupan yang tidak akan kembali semula.Sahabat sentiasa berdoa agar
diberkati waktu yang ada pada mereka...Aku adalah makhluk baru.. menjadi
saksi kepada manusia.
9. Tersusun urusannya (Munazzamun fi
syu’unihi)Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam
segala urusan.Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat
Islam dan dakwah.
10. Bermanfaat pada orang lain (Nafi’un li
ghairihi)Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati
Islam bergantung kepada dai.Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang
lain dari kesesatan.Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain.
Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke
jalan Allah.
(https://www.facebook.com/yusufassidiqqi/posts/580598335368091)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar